Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia.
Pengenalan
Isyraq Enterprise adalah sepenuhnya dikendalikan oleh Bumiputera dan telah didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 No.IP0141098-X di alamat No.2-5, MP Three, Persiaran Meru Point, 30020 Ipoh, Perak pada 26 Februari 1999. Isyraq Enterprise telah menceburi beberapa bidang perniagaan secara agresif dan professional sejak tahun 1999 sehingga kini 2011. Prestasi Isyraq Enterprise amat membanggakan kerana beberapa tawaran dan kepercayaan telah diberikan oleh TM Cellular Sdn Bhd (kini Celcom Malaysia Berhad) untuk melancong sambil belajar di Hong Kong dan China pada tahun 2001 kerana telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Isyraq Enterprise sebelum ini telah menyewa beberapa pejabat-pejabat untuk menjalankan operasi di Ipoh, Perak. Kini kami telah dapat membeli sebuah pejabat yang tersergam indah hasil titik peluh kami di Meru Point seperti alamat diatas dan sebuah lori Pick Up untuk perniagaan diluar Ipoh dan mobile. Isyraq Enterprise juga telah maju setapak kehadapan dengan tertubuhnya satu rangkaian perniagaan iaitu Isyraq Enterprise Sdn Bhd (854496-X) untuk memperkuat dan memperkukuhkan perniagaan ini.
Objektif
- Membantu peniaga 1 Malaysia dalam bidang perniagaan
- Memberi pendedahan kepada peniaga 1 Malaysia terhadap peniaga,pembekal dan pengurus atasan setiap perniagaan supaya dapat digunakan dimasa hadapan
- Membantu peniaga 1 Malaysia mendapatkan modal permulaan perniagaan
- Memberi pendedahan kepada peniaga 1 Malaysia bagaimana menjalankan perniagaan sesuatu produk
- Memberi pengetahuan,kursus,pengalaman dalam sesuatu perniagaan tersebut
- Untuk menjadikan peniaga 1 Malaysia berdaya saing kepada bangsa-bangsa lain
- Untuk mewujudkan satu sistem dan rangkaian peniaga 1 Malaysia secara global
Perkhidmatan
- Menjual Kad Talipon,Alat Komunikasi,Komputer,Kosmetik,Makanan,Miniman,Alat Talipon Bimbit,Alatulis,Bahan Bacaan,Barang Runcit
- Wakil Komisyen Am
- Photostat
- Pernah menjadi Channel Distributor Kad Phone TM kawasan Lembah Kinta.Perak
- Pernah menjadi Wakil Jualan Telekom Malaysia Berhad (Kediaman & Perniagaan)
- Pernah membuat tugas pemasangan Banner dan Banting Celcom Malaysia Berhad di kawasan Perak
- Pernah membekal talipon bimbit kepada Telekom Malaysia Berhad dan Lembaga Air Perak
- Key Dealer Celcom Malaysia Berhad
- Channel Silver dan Gold Partner Telekom Malaysia Berhad
Aktiviti Perniagaan
Isyraq Enterprise telah banyak menimba pengalaman menjalankan perniagaan bersama Kumpulan Telekom Malaysia Berhad.Berikut adalah beberapa pengalaman aktiviti perniagaan bersama kumpulan Telekom Malaysia:
- Bersama membantu aktiviti TM dalam mencapai sasaran tahunan dengan membuat jualan secara 'Door To Door' dikawasan dan diluar kawasan Ipoh
- Bersama membantu aktiviti TM dalam karnival yang besar seperti Karnival Sure Heboh TV3 di Ipoh
- Bersama membantu aktiviti TM membuka kaunter bergerak menggunakan payung ditaman-taman sekitar Ipoh
- Bersama membantu aktiviti TM dalam membuat panggilan talipon @ Tele Marketing
- Bersama membantu aktiviti TM dipejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta karnival-karnival yang besar seperti konvokesyen di universiti-universiti dan kolej-kolej tempatan
- Bersama membantu aktiviti Celcom Malaysia Berhad dalam menjual kad-kad prepaid diseluruh kawasan Perak
- Bersama membantu aktiviti Celcom Malaysia Berhad dalam mempromosikan produk-produk postpaid dan 3G diseluruh kawasan Perak
Penyata Bank
- CIMB - 08180002154056 (Isyraq Enterprise)
- HSBC - 083105296021 (Isyraq Enterprise)
- EON - 0066100024982 (Isyraq Enterprise)
- MBB - 158314092383 (Azlan Bin Haji Zainal Abidin)